twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Wednesday 3 August 2011

SEJARAH PENUBUHAN SK PASIR AKAR, BESUT.


Sekolah Kebangsaan Pasir Akar Jerteh telah dibina kira-kira 60 tahun yang IaIu. Pengasasnya merupakan seorang anak muda iaitu Awang Nik bin Mamat (1926) yang berasal dari Pasir Puteh, Kelantan.Semangat untuk mendirikan Sekolah kebangsaan Pasir Akar timbul apabila Awang Nik menyedari betapa mundurnya masyarakat Melayu ketika itu khususnya yang tinggal di kawasan Pasir Akar dan kawasan persekitarannya. Dengan bantuan seorang Ustaz. Awang Nik telah berganding bahu dengan penduduk kampung untuk membina sebuah sekolah di kampung Pasir Akar pada tahun 1938 di atas sebidang tanah yang telah dihadiahkan oleh seorang penduduk, Ibrahim bin Boto. Dengan hanya berdindingkan buluh dan beratapkan daun nipah sekolah pertama terbina dengan diiringi doa dan restu penduduk dengan nama Sekolah Melayu Rakyat. Pada awalnya seramai 50 anak tempatan telah mula belajar di sekolah berkenaan dengan tenaga pengajar seramai dua orang. Tetapi setelah tiga tahun beroperasi dengan tidak diduga Jepun telah menyerang Malaya hingga menyebabkan sekolah itu terpaksa ditutup selama 6 tahun. Setelah kedatangan British semula Sekolah Melayu rakyat telah dibuka semula dan Awang Nik bin Mamat kembali semula untuk berkhidmat sebagai pendidik. Tidak lama kemudian iaitu pada tanggal 10 September 1946, di saat-saat anak kelahiran Pasir Akar memerlukan bimbingan pendidikan, Awang Nik terpaksa meninggalkan tugasnya sebagai guru apabila mendapat tawaran bekerja sebagai seorang pegawai di ]abatan Parit dan Taliair. Tempat beliau kemudiannya diganti oleh Encik Mohamad bin Embung. Dalam tempoh perkhidmatan beliaulah, Sekolah Melayu Rakyat ni telah diambil alih oleh kerajaan dan bangunan baru telah dibina menggantikan bangunan lama. Serentak dengan itu juga namanya telah bertukar kepada Sekolah kebangsaan Pasir Akar yang diguna pakai sehinggalah hari ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...