twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Saturday 3 November 2012

Jamuan Akhir Tahun 2012




Tajuk : Majlis Jamuan Akhir Tahun 2012
Tempat : Restoran Sham, Padang Luas
Tarikh : 21 Sept. 2012
Masa : 2.00 ptg - 5.00 ptg
Kehadiran : Semua Guru

Tahniah diucapkan kepada kelab guru kerana dapat mengadakan jamuan untuk semua guru ditempat yang baik dan masakan yang sedap..terima kasih semua dan syabas.

Perkhemahan Peringkat Daerah Besut 2012




Perkemahan Unit Berniform dari 18 - 20 September 2012 di Kem Pengakap Besut, Bukit Keluang...tahniah kepada semua yg terlibat.

Saturday 28 July 2012

Sukan 2012

 RUMAH BIRU KU

 MEDAL UTK PEMENANG

Suasana Padang  utk Sukan 2012

Tarikh : 17 - 19 julai 2012
Tempat : Padang SKPA

Monday 2 July 2012

UJIAN ONLINE Guru-Guru BI.




Tajuk : Ujian Secara Online Guru-Guru Bahasa Inggeris

Seramai 9 orang guru BI telah mengambil ujian secara online untuk mengetahui tahap penguasaan guru-guru dalam subjek BI dengan oleh Mr Tom. Ujian berjalan lancar dan  perlu dijawab dalam masa 30  minit. Semoga semuanya memperolehi keputusan yang baik.

Sambutan Hari Guru 2012

 Sambutan Ketibaan Pegawai Besut..En Mustafa

  Guru Besar En Refing Ab Ghani mengiringi Pegawai PPD Besut ke pentas.

 Para guru sedang tekun mendengar ucapan.

 Acara memotong Kek Hari Guru 2012

Acara sukaneka hari guru..mengoyak buah kelapa.


Tajuk : Sambutan Hari Guru Peringkat SKPA 2012
Tarikh : 16 Mei 2012
Hari : Selasa
Masa : 8.00pg - 12.00tgh

Satu sambutan hari guru telah diadakan untuk meraikan para guru yang telah menabur jasa bakti kepada masyarakat demi sebuah negara yang tercinta. Hasil garapan dan tunjuk ajar oleh guru maka masyarakat akan menjadi lebih matang dan mempunyai masa depan yang lebih baik. Segala ilmu yang dperolehi oleh murid dapat membantu negara untuk di masa depan. 
Pada sambutan ini banyak aktivti telah dijalankan untuk memeriahkan suasana sambutan seperti nyayian lagu Guru Malaysia, ucapan pengarah dan KPM serta sedikit permainan sukaneka seperti gelek tayar basikal,meniup belon, mengisi air dalam botol dan acara mengoyak buah kelapa.
Semoga sambutan hari guru tahun ini dapat menambah ikatan silaturahim antara guru-guru dan murid-murid seterusnya dapat meningkatkan pencapaian SKPA dimasa-masa depan.

Thursday 5 April 2012

 Pasukan MSSD Besut 2012
 Acara Penutup dan Penyampaian Hadiah- Dewan SMK Wakaf Tapai
Wakil SKPA ke MSST- Mohd Firman Dan Amirul

Aktiviti   : Kejohanan Sepaktakraw MSST 2012
Tempat  : SKM Wakaf Tapai, Marang.
Tarikh    : 22-24 Mac 2012

Pada 22-24 Mac 2012 Kejohanan Sepaktakraw MSST telah diadakan di Daerah Marang. Semua daerah telah menyertainya. Dalam kejohanan kali ini MSSDB muncul juara keseluruhan dimana Pasukan L12 dan L15 mendapat tempat ke3 dan L18 muncul sebagai Naib Johan. 2 pemain takraw SKPA telah terpilih mewakili MSSDB dan dapat bermain dengan baik. Tahniah diucapkan.

Pelancaran Program 1 Murid 1 Sukan

 Pasukan Sepak Takraw

 Senamrobik

 Angkat Tangan Tinggi

Instruktur Senamrobik - Pelatih Maktab Sultan Mizan


Tarikh  :  5 April 2012 (Khamis)
Masa   :  8.00 pagi - 12.45 thg
Tempat : SK Pasir Akar

Satu pelancaran Program 1Murid 1Sukan telah diadakan di Sk Pasir Akar dengan penglibatan semua murid dan guru. Dalam program ini semua murid telah dibahagikan dalam semua permainan yang dipilih iaitu Sepaktakraw, Badminton, Bola Jaring, Bola Tampar, Olahraga, Bola Baling dan Bolasepak. Tuan Guru Besar, En Refing B. Ghani telah merasmikan Pelancaran program ini. Semoga dengan adanya program ini semua murid dapat menafaatnya dalam bidang sukan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...