twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Sunday 25 September 2011

Sambutan Kemerdekaan Peringkat SKPA



                       Tajuk : Sambutan Hari Kemerdekaan ke 54 peringkat sekolah.
                       Tarikh : 26 Sept 2011 (ISNIN)
                       Tempat : Dataran SKPA

Satu majlis sambutan kemerdekaan peringkat sekolah telah diadakan dengan pelbagai aktiviti. Semua murid berkumpul di Dataran SKPA untuk mendengar ucapan berkaitan kemerdekaan. Semua guru dan murid terlibat dalam majlis ini. Antara aktivti yang diadakan seperti naynyian lagu negaraku, ucapan khas, persembahan guru dan murid serta pertandingan melukis. Selamat meyambut Hari Kemerdekaan ke 54...TRANSFORMASI BERJAYA, RAKYAT SEJAHTERA.


Saturday 10 September 2011

Majlis Restu Guru Pelajar Tahun 6






Tajuk  : Majlis Pohon Restu Murid Tahun 6
Tarikh : 11 Sept. 2011(AHAD)
Masa : 7.45 -8.30pg
Tempat : Dataran Wawasan

Majlis ini diadakan untuk menyedarkan murid bahawa semua ilmu yang dipelajari perlu direstui oleh guru kerana semua ilmu yang dipelajari adalah penting dalam menjawab UPSR. Dengan doa restu dari ibubapa dan guru-guru dapat menambahkan lagi semangat para pelajar untuk menduduki UPSR pada 13 14 dan 15 September 2011. Semoga SKPA terus mencapai keputusan yang terbaik.





Majlis Hari Raya Aidlfitri 2011


Tajuk  : Sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Tarikh : 8 sept 2011 (Khamis)
Masa  : 8.00 - 12.45 tgh

Atucara  :
               1.  Perhimpunan dan ceramah hari raya.
               2.  Persembahan Murid
               3.  Pembahagian duit raya
               4. Jamuan hari raya...makan kuih-muih.
               5. Jamuan Gulai Lembu di Kantin.
               6. Bersurai.
Pada majlis kali ini semua murid nampak seronok dengan pakaian raya yang baru. Semua murid membawa kuih dari rumah dan makan bersama-sama guru dan rakan-rakan sambil bermaaf-maafan. Majlis ini juga dapat memberi semua murid bergembira semasa disekolah. Semoga raya kali ini memberi banyak pengajaran yang berguna kepada semua murid. Dengan aturcara yang sediakan semua murid dapat mengambil iktibar untuk dijadikan pengajaran berguna di masa-masa depan. Tahniah diucapakan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis  kali ini.

Saturday 20 August 2011

Penyerahan Kain Rentang UPSR



Tajuk : Program Penyerahan Kain Rentang UPSR kpd Guru Besar.
Tarikh : 21 Ogos 2011
Hari    :  Ahad
Masa  :   8.00 - 9.00
Tempat : Tapak Perhimpunan.

Satu majlis penyerahan kain rentang UPSR telah diadakan dengan disertai oleh semua panitia. Objektif utama adalah untuk menaikkan semangat para pelajar agar terus berusaha menjelang UPSR sebenar. Kain rentang ini adalah hasil dari kerja guru panitia sejak 2 minggu lepas. Oleh kerana UPSR akan tiba dalam masa 20 hari lagi maka para calon sepatutnya terus berusaha agar dapat menjawab soalan dengan cemerlang. Semoga dengan langkah ini semua calon akan berjaya di UPSR 2011..Tahniah kepada semua warga SKPA.

Sunday 7 August 2011

Asrama Desa

Asrama Sekolah kebangsaan Pasir Akar, Jerteh dibina atas kesedaran masyarakat di Hulu Besut tentang betapa perlu adanya sebuah asrama dibina bagi menampung tempat tinggal anak-anak di kawasan itu yang tinggal berjauhan daripada sekolah.
Selain itu, Asrama Desa itu juga dikira perlu diwujudkan bagi menampung penempatan murid-murid yang baik dari segi pembelajarannya agar lebih ramai murid yang berjaya dapat dilahirkan dari kawasan pedalaman Hulu Besut berbanding dengan kawasan-kawasan di bandar.
Sehubungan dengan daya usaha pihak sekolah dan penduduk kampung maka terbinalah Asrama Desa Sekolah Kebangsaan Pasir Akar Jerteh secara gotong-royong. Satu kawasan seluas 2 ekar telah dijadikan lokasi untuk pembinaan 2 blok asrama . sebuah dewan makan dan dapur buat permulaan pada tahun 1990
Sebagai permulaan seramai 30 murid yang kebanyakannya dari kampung-kampung berjuahan seperti Kampung Keruak (21 km), Kampung La (16 Km), Kampung Panchor (13 km), Kampung Bukit Payong (11 km), Kampung Durian Telor (7 km) dan dari Kampung Darau (5 Km) dipilih bagi menduduki asrama itu.
Apabila peranan asrama  itu semakin bertambah penting akhirnya Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan peruntukkan bagi membina sebuah blok lagi asrama baru bagi menempatkan seramai 25 pelajar yang kini dijadikan sebagai Asrama Putra.
Sesungguhnya peranan yang nampak dari pembinaan asrama ini tidak dinafikan apabila keperluan-keperluan asas lain turut dapat dibina dengan sumbangan dan derma masyarakat dan kerajaan hingga kini menjadikan asrama ini sebagai pusat penempatan pelajar-pelajar pintar dalam UPSR setiap tahun.

Kini penghuni asrama tersebut telah meningkat kepada 100 orang . Asrama itu kini menjadi pusat penting bagi melahirkan ramai murid yang berjaya memperolehi 5A dalam UPSR hingga meletakkan Sekolah Kebangsaan Pasir Akar, Jerteh kini sebagai sekolah terbaik dalam UPSR di Zon Hulu Besut dan  terletak kalangan sekolah terbaik di daerah Besut setiap tahun.

GURU BESAR

1.    Awang Nik bin MamatGuru Rakyat  1939 -1941
2.   Awang Nik bin MamatGuru Rakyat  1942 - 1948
3.   Muhammad bin EmbongPelatih  1949 - 1951
4.  Muda bin LongTUOS  1952 - 1952
5.  Ismail bin Azan KhanTUOS  1953 - 1953
6.  YM Eng.Taib bin NgahTUOS  1954 - 1954
7.  Abd Ghani bin Omar - TUOS  1954 - 1956
8.  Abdullah bin Muda - SITC  1956 - 1958
9.  Mat Saman bin Salleh - SITC  1959 - 1960
10.  Mat Yasin bin Salleh - SITC  1961 - 1962
11. Mat Saman bin Salleh - SITC  1963 - 1969
12. Hj Muhammad bin Hj Noor -TUOS  1970 -1979
13. Zakaria bin Abdullah -SITC  1980 - 1982
14. Hj. Mustaffa bin Hassan -TUOS  1983 - 1987
15. Hj. Muhammad bin Abdullah  -TUOS  1987 - 1993
16. Hj. IsmaiI @ Ibrahim bin Ali- DTC1993 - 1994
17. Suhaimi bin Long  -Dip.Edu(Sc)  1995 - 1999
18. Hj. Nodin bin Mohadi - Dip.Edu(Perg) 1999 - 2006
19. Hj. Adnan B. Said - Dip Edu(Perguruan) - 2006 - 2009
20. En Refing Ab Ghani - Dip Edu (Perguruan) - 2009 - sekarang

MAKSUD LENCANA

Pengertian Maksud

1.  Bentuk lencana seperti sebuah perisai menandakan benteng pertahanan dari sebarang serangan "musuh"
2.  Penggunaan warna:

Biru  - Latar belakang biru menandakan warna sekolah, pakaian seragam murid, keharmonian warga SKPA.
Kuning - Warna bulatan   kuning yang mengelilingi SKPA ditengah-tengah perisai menandakan warna di raja, taat pada perintah.
Bendera Malaysia di kiri menunjukkan  SKPA memenuhi ciri kerakyatan berbilang kaum, begitu juga dengan bendera negeri Terengganu di kanan menunjukkan  SKPA terletak di negeri Terengganu.
Bentuk bulatan ditengah-tengah menandakan kesepakatan dan kerjasama antara murid-murid, murid -guru, guru-guru, guru- PIBG, PIBG-masyarakat.
Perkataan SKPA di tengah-tengah bulatan itu membawa maksud sekolah menjadi institusi yang bernilai dan berharga

Obor yang menyala merah di tengah-tengah menandakan kecemerlangan ilmu dan keseimbangan ilmu yang didapati  dari sekolah ini  antara dunia dan akhirat sama penting.

Lambang pengakap dan tiga bulatan sukan dibawah menunjukkan aktiviti ko-kurikulum turut membantu murid mencapai kecemerlangan akademik dan ko-kurikulum.
"Otak yang cerdas datang dari badan yang cergas"

Tulisan TAAT USAHA JAYA dibawah perisai  adalah cogankata sekolah.
Nama sekolah pula tertera   di atas obor.

Saturday 6 August 2011

LAGU SEKOLAH

LAGU SEKOLAH

SKPA Wajahmu cantik berseri,
Bangunan Penuh sejarah,
Tersergam indah megah...

Inilah sekolahku,
Tempat menimba Ilmu,
Menuju ke puncak harapan,
Terpancar satu sinaran,
Disini kita bermula,
Menjadi Insan berguna..
Untuk bangsa merdeka..
Taat Usaha Jaya.

SKPA wajahmu cantik berseri,
Bangunan Penuh sejarah,
Tersergam indah megah.

Wednesday 3 August 2011

SEJARAH PENUBUHAN SK PASIR AKAR, BESUT.


Sekolah Kebangsaan Pasir Akar Jerteh telah dibina kira-kira 60 tahun yang IaIu. Pengasasnya merupakan seorang anak muda iaitu Awang Nik bin Mamat (1926) yang berasal dari Pasir Puteh, Kelantan.Semangat untuk mendirikan Sekolah kebangsaan Pasir Akar timbul apabila Awang Nik menyedari betapa mundurnya masyarakat Melayu ketika itu khususnya yang tinggal di kawasan Pasir Akar dan kawasan persekitarannya. Dengan bantuan seorang Ustaz. Awang Nik telah berganding bahu dengan penduduk kampung untuk membina sebuah sekolah di kampung Pasir Akar pada tahun 1938 di atas sebidang tanah yang telah dihadiahkan oleh seorang penduduk, Ibrahim bin Boto. Dengan hanya berdindingkan buluh dan beratapkan daun nipah sekolah pertama terbina dengan diiringi doa dan restu penduduk dengan nama Sekolah Melayu Rakyat. Pada awalnya seramai 50 anak tempatan telah mula belajar di sekolah berkenaan dengan tenaga pengajar seramai dua orang. Tetapi setelah tiga tahun beroperasi dengan tidak diduga Jepun telah menyerang Malaya hingga menyebabkan sekolah itu terpaksa ditutup selama 6 tahun. Setelah kedatangan British semula Sekolah Melayu rakyat telah dibuka semula dan Awang Nik bin Mamat kembali semula untuk berkhidmat sebagai pendidik. Tidak lama kemudian iaitu pada tanggal 10 September 1946, di saat-saat anak kelahiran Pasir Akar memerlukan bimbingan pendidikan, Awang Nik terpaksa meninggalkan tugasnya sebagai guru apabila mendapat tawaran bekerja sebagai seorang pegawai di ]abatan Parit dan Taliair. Tempat beliau kemudiannya diganti oleh Encik Mohamad bin Embung. Dalam tempoh perkhidmatan beliaulah, Sekolah Melayu Rakyat ni telah diambil alih oleh kerajaan dan bangunan baru telah dibina menggantikan bangunan lama. Serentak dengan itu juga namanya telah bertukar kepada Sekolah kebangsaan Pasir Akar yang diguna pakai sehinggalah hari ini.

Monday 1 August 2011

Asrama Sekolah Kebangsaan Pasir Akar

Asrama

Asrama Desa SK Pasir Akar yang terdiri dari beberapa blok kayu yang sederhana dan dapat memuatkan pelajar dengan jumlah yang kecil iaitu sekitar 85 orang pelajar. Blok asrama terbahagi kepada dua iaitu untuk pelajar lelaki dan perempuan. Walaupun ianya agak kecil tetapi dapat menampung para pelajar yang tinggal agak jauh dari sekolah. Asrama ini akan berubah wajah dan lokasi setelah terbinanya bangunan asrama baru.

Asrama baru yang dalam pembinan ini terdiri dari 3 blok dibina untuk menggantikan bangunan asrama lama yang dibina dari kayu dan konkrit. Asrama baru ini agak selesa dan luas. Semoga asrama baru ini dapat memberi nafas barada semua penghuninya dan menambahkan keceriaan kepada pelajar sk pasir akar seterusnya dapat meningkatkan tahap pencapaian dalam pelajaran. Bangunan asrama yang didalam proses pembinaan ini di jangka siap pada pertengahan tahun 2010.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...