twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Saturday 3 November 2012

Jamuan Akhir Tahun 2012




Tajuk : Majlis Jamuan Akhir Tahun 2012
Tempat : Restoran Sham, Padang Luas
Tarikh : 21 Sept. 2012
Masa : 2.00 ptg - 5.00 ptg
Kehadiran : Semua Guru

Tahniah diucapkan kepada kelab guru kerana dapat mengadakan jamuan untuk semua guru ditempat yang baik dan masakan yang sedap..terima kasih semua dan syabas.

Perkhemahan Peringkat Daerah Besut 2012




Perkemahan Unit Berniform dari 18 - 20 September 2012 di Kem Pengakap Besut, Bukit Keluang...tahniah kepada semua yg terlibat.

Saturday 28 July 2012

Sukan 2012

 RUMAH BIRU KU

 MEDAL UTK PEMENANG

Suasana Padang  utk Sukan 2012

Tarikh : 17 - 19 julai 2012
Tempat : Padang SKPA

Monday 2 July 2012

UJIAN ONLINE Guru-Guru BI.




Tajuk : Ujian Secara Online Guru-Guru Bahasa Inggeris

Seramai 9 orang guru BI telah mengambil ujian secara online untuk mengetahui tahap penguasaan guru-guru dalam subjek BI dengan oleh Mr Tom. Ujian berjalan lancar dan  perlu dijawab dalam masa 30  minit. Semoga semuanya memperolehi keputusan yang baik.

Sambutan Hari Guru 2012

 Sambutan Ketibaan Pegawai Besut..En Mustafa

  Guru Besar En Refing Ab Ghani mengiringi Pegawai PPD Besut ke pentas.

 Para guru sedang tekun mendengar ucapan.

 Acara memotong Kek Hari Guru 2012

Acara sukaneka hari guru..mengoyak buah kelapa.


Tajuk : Sambutan Hari Guru Peringkat SKPA 2012
Tarikh : 16 Mei 2012
Hari : Selasa
Masa : 8.00pg - 12.00tgh

Satu sambutan hari guru telah diadakan untuk meraikan para guru yang telah menabur jasa bakti kepada masyarakat demi sebuah negara yang tercinta. Hasil garapan dan tunjuk ajar oleh guru maka masyarakat akan menjadi lebih matang dan mempunyai masa depan yang lebih baik. Segala ilmu yang dperolehi oleh murid dapat membantu negara untuk di masa depan. 
Pada sambutan ini banyak aktivti telah dijalankan untuk memeriahkan suasana sambutan seperti nyayian lagu Guru Malaysia, ucapan pengarah dan KPM serta sedikit permainan sukaneka seperti gelek tayar basikal,meniup belon, mengisi air dalam botol dan acara mengoyak buah kelapa.
Semoga sambutan hari guru tahun ini dapat menambah ikatan silaturahim antara guru-guru dan murid-murid seterusnya dapat meningkatkan pencapaian SKPA dimasa-masa depan.

Thursday 5 April 2012

 Pasukan MSSD Besut 2012
 Acara Penutup dan Penyampaian Hadiah- Dewan SMK Wakaf Tapai
Wakil SKPA ke MSST- Mohd Firman Dan Amirul

Aktiviti   : Kejohanan Sepaktakraw MSST 2012
Tempat  : SKM Wakaf Tapai, Marang.
Tarikh    : 22-24 Mac 2012

Pada 22-24 Mac 2012 Kejohanan Sepaktakraw MSST telah diadakan di Daerah Marang. Semua daerah telah menyertainya. Dalam kejohanan kali ini MSSDB muncul juara keseluruhan dimana Pasukan L12 dan L15 mendapat tempat ke3 dan L18 muncul sebagai Naib Johan. 2 pemain takraw SKPA telah terpilih mewakili MSSDB dan dapat bermain dengan baik. Tahniah diucapkan.

Pelancaran Program 1 Murid 1 Sukan

 Pasukan Sepak Takraw

 Senamrobik

 Angkat Tangan Tinggi

Instruktur Senamrobik - Pelatih Maktab Sultan Mizan


Tarikh  :  5 April 2012 (Khamis)
Masa   :  8.00 pagi - 12.45 thg
Tempat : SK Pasir Akar

Satu pelancaran Program 1Murid 1Sukan telah diadakan di Sk Pasir Akar dengan penglibatan semua murid dan guru. Dalam program ini semua murid telah dibahagikan dalam semua permainan yang dipilih iaitu Sepaktakraw, Badminton, Bola Jaring, Bola Tampar, Olahraga, Bola Baling dan Bolasepak. Tuan Guru Besar, En Refing B. Ghani telah merasmikan Pelancaran program ini. Semoga dengan adanya program ini semua murid dapat menafaatnya dalam bidang sukan.

Saturday 25 February 2012



Pada 11 Feb 2012...Majlis Watikah Perlantikan Pengawas sekolah, Pengawas Perpustakaan dan Pengawas Buku Teks. Pada majlis ini semua pengawas mengangkat sumpah untuk menjalankan tanggungjawab dengan penuh dedikasi dan menjadi matatelinga sekolah. Semua pengawas nampak sungguh bersemangat utk menjalankan tugas yang telah diamanahkan. Majlis ini adalah utk mengiktirafkan perlantikan pengawas memberi kuasa kepada pengawas utk mengawal disiplin murid serta membantu guru-guru. Semoga para pengawas yang telah dilantik dapat menjalankan segala tugas yang telah diamanahkan dengan sepenuh hati dalam mengawal disiplin para pelajar SK Pasir Akar.

Majlis Sembahyang Hajat UPSR Kali 1



Pada 9 Feb 2012 satu majlis sembahyang hajat utk calon UPSR tahun 2012 telah diadakan di dewan terbuka    yang terletak dibawah bagunan baru. Ramai ibubapa yang hadir untuk memberi sokongan kepada pihak sekolah. Kami pihak SKPA mengucapkan ribuan terima kasih. Semoga segala hasrat kita akan diterima oleh ALLAH. Sempena bulan mauludul Rasul para ibubapa turut meyambut mauludul rasul selepas solah hajat. Ibubapa di hidangkan jamuan makan malam selepas selesai acara majlis Mauludul Rasul. Insyaalah sembahyang hajat kali ke 2 akan dibuat lagi untuk memohon berkat ilahi serta mendoakan kejayaan semua calon UPSR 2012.

Majlis Letak Kerja Dan Perjumpaan Ibubapa Tahun 6 2012




Pada  7 Feb 2012...telah diadakan satu perjumpaan ibubapa dan guru utk pelajar tahun 6 yang akan menduduki UPSR 2012. Antara perbicangan yang diadakan adalah melibatkan aktiviti sepanjang tahun utk para pelajat termasuklah kelas tambahan petang dan malam(Tuisyen sarama). Semua ibubapa bersetuju dan sudi menyumbangkan sedikit sumbangan kepada tabung tahun 6. Diharapkan perjumpaan seumpama ini dapat meningkatkan lagi kemesraan antara ibubapa dan guru.

Saturday 7 January 2012

Pembukaan Asrama Baru.




Tajuk  : Pembukaan Asrama Baru
Tarikh : 7 Jan 2011
Hari :  Sabtu

Pada  petang Sabtu (7 Jan 2011) Asrama Desa yang baru siap dibina telah dibuka dan seramai 103 orang murid telah dipilih untuk mendiami asrama ini. Antara aktiviti-aktiviti yang telah diadakan adalah:
                                   1.  Pendaftaran Para Pelajar.
                                   2. Lawatan Ibubapa.
                                   3. Sembahyang hajat.
                                   4. Jamuan Gulai lembu.
                                   5. Bersurai.
Semua murid dan ibubapa nampak seronok dengan semua kelengkapan yang ada. Asrama bernilai 4 juta ini amat menepati semua ciri asrama yang baik. Semoga dengan kemudahan asrama ini akan menambahkan lagi keceriaan dan kejayaan SKPA. Diharapkan segala kemudahan yang terdapat di asrama akan digunakan dengan sebaiknya oleh pelajar. Hargailah segala kemudahan yang ada agar ianya sentiasa baik dan boleh digunakan para pelajar yang lain pula. Setakat ini asrama menyediakan dan menerima pelajar tahun 5 dan tahun sahaja. Moga SKPA terus berjaya dalam segenap bidang. Tahniah diatas pembukaan asrama baru.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...