twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Sunday 7 August 2011

Asrama Desa

Asrama Sekolah kebangsaan Pasir Akar, Jerteh dibina atas kesedaran masyarakat di Hulu Besut tentang betapa perlu adanya sebuah asrama dibina bagi menampung tempat tinggal anak-anak di kawasan itu yang tinggal berjauhan daripada sekolah.
Selain itu, Asrama Desa itu juga dikira perlu diwujudkan bagi menampung penempatan murid-murid yang baik dari segi pembelajarannya agar lebih ramai murid yang berjaya dapat dilahirkan dari kawasan pedalaman Hulu Besut berbanding dengan kawasan-kawasan di bandar.
Sehubungan dengan daya usaha pihak sekolah dan penduduk kampung maka terbinalah Asrama Desa Sekolah Kebangsaan Pasir Akar Jerteh secara gotong-royong. Satu kawasan seluas 2 ekar telah dijadikan lokasi untuk pembinaan 2 blok asrama . sebuah dewan makan dan dapur buat permulaan pada tahun 1990
Sebagai permulaan seramai 30 murid yang kebanyakannya dari kampung-kampung berjuahan seperti Kampung Keruak (21 km), Kampung La (16 Km), Kampung Panchor (13 km), Kampung Bukit Payong (11 km), Kampung Durian Telor (7 km) dan dari Kampung Darau (5 Km) dipilih bagi menduduki asrama itu.
Apabila peranan asrama  itu semakin bertambah penting akhirnya Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan peruntukkan bagi membina sebuah blok lagi asrama baru bagi menempatkan seramai 25 pelajar yang kini dijadikan sebagai Asrama Putra.
Sesungguhnya peranan yang nampak dari pembinaan asrama ini tidak dinafikan apabila keperluan-keperluan asas lain turut dapat dibina dengan sumbangan dan derma masyarakat dan kerajaan hingga kini menjadikan asrama ini sebagai pusat penempatan pelajar-pelajar pintar dalam UPSR setiap tahun.

Kini penghuni asrama tersebut telah meningkat kepada 100 orang . Asrama itu kini menjadi pusat penting bagi melahirkan ramai murid yang berjaya memperolehi 5A dalam UPSR hingga meletakkan Sekolah Kebangsaan Pasir Akar, Jerteh kini sebagai sekolah terbaik dalam UPSR di Zon Hulu Besut dan  terletak kalangan sekolah terbaik di daerah Besut setiap tahun.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...