Pengertian Maksud
2. Penggunaan warna:
Biru - Latar belakang biru menandakan warna sekolah, pakaian seragam murid, keharmonian warga SKPA.Kuning - Warna bulatan kuning yang mengelilingi SKPA ditengah-tengah perisai menandakan warna di raja, taat pada perintah.Bendera Malaysia di kiri menunjukkan SKPA memenuhi ciri kerakyatan berbilang kaum, begitu juga dengan bendera negeri Terengganu di kanan menunjukkan SKPA terletak di negeri Terengganu.
Bentuk bulatan ditengah-tengah menandakan kesepakatan dan kerjasama antara murid-murid, murid -guru, guru-guru, guru- PIBG, PIBG-masyarakat.
Perkataan SKPA di tengah-tengah bulatan itu membawa maksud sekolah menjadi institusi yang bernilai dan berharga
Obor yang menyala merah di tengah-tengah menandakan kecemerlangan ilmu dan keseimbangan ilmu yang didapati dari sekolah ini antara dunia dan akhirat sama penting.
Lambang pengakap dan tiga bulatan sukan dibawah menunjukkan aktiviti ko-kurikulum turut membantu murid mencapai kecemerlangan akademik dan ko-kurikulum.
"Otak yang cerdas datang dari badan yang cergas"
Tulisan TAAT USAHA JAYA dibawah perisai adalah cogankata sekolah.
Nama sekolah pula tertera di atas obor.
No comments:
Post a Comment