twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Saturday 25 February 2012



Pada 11 Feb 2012...Majlis Watikah Perlantikan Pengawas sekolah, Pengawas Perpustakaan dan Pengawas Buku Teks. Pada majlis ini semua pengawas mengangkat sumpah untuk menjalankan tanggungjawab dengan penuh dedikasi dan menjadi matatelinga sekolah. Semua pengawas nampak sungguh bersemangat utk menjalankan tugas yang telah diamanahkan. Majlis ini adalah utk mengiktirafkan perlantikan pengawas memberi kuasa kepada pengawas utk mengawal disiplin murid serta membantu guru-guru. Semoga para pengawas yang telah dilantik dapat menjalankan segala tugas yang telah diamanahkan dengan sepenuh hati dalam mengawal disiplin para pelajar SK Pasir Akar.

Majlis Sembahyang Hajat UPSR Kali 1



Pada 9 Feb 2012 satu majlis sembahyang hajat utk calon UPSR tahun 2012 telah diadakan di dewan terbuka    yang terletak dibawah bagunan baru. Ramai ibubapa yang hadir untuk memberi sokongan kepada pihak sekolah. Kami pihak SKPA mengucapkan ribuan terima kasih. Semoga segala hasrat kita akan diterima oleh ALLAH. Sempena bulan mauludul Rasul para ibubapa turut meyambut mauludul rasul selepas solah hajat. Ibubapa di hidangkan jamuan makan malam selepas selesai acara majlis Mauludul Rasul. Insyaalah sembahyang hajat kali ke 2 akan dibuat lagi untuk memohon berkat ilahi serta mendoakan kejayaan semua calon UPSR 2012.

Majlis Letak Kerja Dan Perjumpaan Ibubapa Tahun 6 2012




Pada  7 Feb 2012...telah diadakan satu perjumpaan ibubapa dan guru utk pelajar tahun 6 yang akan menduduki UPSR 2012. Antara perbicangan yang diadakan adalah melibatkan aktiviti sepanjang tahun utk para pelajat termasuklah kelas tambahan petang dan malam(Tuisyen sarama). Semua ibubapa bersetuju dan sudi menyumbangkan sedikit sumbangan kepada tabung tahun 6. Diharapkan perjumpaan seumpama ini dapat meningkatkan lagi kemesraan antara ibubapa dan guru.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...